Isnin, 5 Mei 2008

Hot line TMNET

Salam,
Bagi yang tak tahu kalau internet streamyx kat rumah atau ofis anda ada masaalah tak dapat nak acces sila buat panggilan report no di toll free 1300-88-9515.Kat sana nak tanya apa-apa pun boleh(streamyx).sebelum tu stanby username k sebab menyenangkan diorang tu nak cek apa-apa patut.Bagi yang ada masalah dengan talifon pulak call je 1oo.

Tip
bagi yang anda yang sedang bercakap dengan customer service tu jangan ler nak ngorat lak!(sebab suara diorang bole buat cair oo)..hehehe gurau jer..ok ni yang betul pastikan mereka-mereka ini cek betul-betul contohnya port ada DOWN ker,server down ke,modem rosak ker,connection betul ke,password betul ke,username betul ke dan sebangainya,Jika yang tak mahir pasal streamyx tu ikut aja arahan mereka sahaja Ini bukannya apa...supaya kita tak perlu tunggu juru teknik datang pada esok harinya.Kalau bole settle time tu ok la,kalau tak boleh jugak kena la tunggu diorang datang.Tu pun bergantung pada kawasan anda jika diorang tak banyak kerja maka dalam tempoh 24 jam diorang akan sampai.kalau senbaliknya tunggu jer la sampai jadi penunggu..2 hari,4 hari,seminggu sampai sebulan...:(

Budak baru nak belajar..

Akum,
Sebelum saya nak sambung cerita ..ehem..ehem..sebenarnya saya nak mohon maaf la dulu yek sebab saya ni kira macam budak baru,baru belajar nak berjinak-jinak dalam dunia blogger ni.so kalau ada nak tergelak baca blog ni ketawakan jer..hehehe dan kalau ada yang sudi nak ajar tu tolong ler ajarkan supaya fantastik sikit blok aku ni ;)..Dihargai terima kasih.

Mungkin spitter kot!!

Akum, seterusnya saya akan ceritakan bagaimana jika wayar tadi dah dicabut dari modem kemudian dipasang pulak ke telifon tiade tone.Apa yang kita perlu buat cari wayar talefon tadi dan pastikan ia disambung direct ker soket dinding(wall soket)..ya....ade tone tak??ade ke takde?;) jika tak beberapa faham maksud saya,satu hari nanti saya masukkan contoh gambar ok.Tengok macam mane...so sambung bab tadi,jika ada line (tone) maka kemungkinan besar spitter anda rosak.Kenalah beli baru kalau tak, tak boleh pulak nak guna talifon pada masa yang sama.
Cerita pasal spitter ni pasti ada orang yang tak tahu apa ke benda alah barang tu.hehe..so biar saya cerita kan serba sedikit tentang fungsi spitter ni ok.Fungsi spitter atau lebih dikenali micro spitter adalah untuk menapis data(broadband) dan suara(tone) supaya streamyx anda tidak mengalami masaalah seperti streamyx kerap kali terputus-putus.(kalau putus-putus tu yang buat kita bengang tu betul tak..:( ).Itu berdasarkan pengalaman saya yang boleh dikongsi bersama.Jika dirumah anda terdapat banyak sambungan talefon,contohnya di setiap bilik,ruang tamu,dapur atau bilik air pastikan anda memasang spitter bagi mengelakkan dari pada streamyx anda terganggu...pendek kata apabila ada saja pararel pasang je spitter.kay sambung lain kali pulak salam..

Sabtu, 3 Mei 2008

cara mengenal pasti permasaalahan isp(streamyx)anda..


Resah dan menyampah! iitulah yang menjadi masaalah apabila internet dirumah tidak dapat diakses lebih-lebih lagi waktu penting kena siapkan assingment la,kerja-kerja pejabatla dan apa-ape je la...hehe.Ni yang nak cita sikit pasal basic nak mengetahui kenapa streamyx anda tidak dapat digunakan.pertama,perhatikan modem anda, jika lampu led adsl itu berkelip-kelip sah memang tak boleh browse.
Jadi untuk pastikan samaada line streamyx itu ok atau tak senang je.cabut wayar yang menyambungkan modem ke spitter kemudian cubalah masukan ke set talifon,pastikan ia ade tone le...kalau takde mane nak ade internet..seterusnya sambung